Wednesday, May 25, 2011

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH




Alhamdulillah, dengan izin-Nya dapat saya menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Badan Khairat Kematian Pelabuhan Kuantan, Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. pada 24 Mei 2011 bertempat di Masjid Pelabuhan Kuantan.




Satu program yang sangat bagus & perlu diteruskan di masa akan datang. Moga dikurniakan kekuatan untuk menjalankan....



Daripada Aisyah r.h.a. telah bersabda Rasulallah SAW :


"Sesiapa yang memandikan mayat kemudian dipeliharanya dan tidak diceritakan apa yang ada pada orang mati itu maka bersihlah ia daripada dosa sebagaimana ia baru dilahirkan"


Sesungguhnya hakikat kehidupan ini sangat pendek. Moga kita semua kan kembali kepada Pencipta kita Yang Agung dalam keadaan yang berseri-seri berkat amal kebaikan yang kita lalukan. Ingatlah, apa yang kita tanam itulah yang akan dipetik. Moga setiap langkah kita dalam lindungan & redha Ilahi...





~ Bila diri menghadap Tuhan, baru tersedar ada kelemahan... terasa kerdil berbanding Yang Esa, terpaku terfikir betapa Agung-Nya Allah ~