Monday, October 1, 2012

Doa - Penzahiran seorang hamba

Doa bukan sahaja satu ibadat malah ia merupakan pernyataan seorang hamba kepada Allah SWT akan kelemahan dirinya dan merupakan satu penzahiran sifat kehambaan kepada-Nya.

Sabda Rasulallah SAW maksudnya:
"Sesiapa yang tidak memohon (meminta) kepada Allah, Dia (Allah) murka kepadanya."
[Hadith Riwayat at-Tirmidzi]
Ini kerana orang yang meninggalkan doa itu dikatakan sebagai sombong, takbur & tidak memerlukan-Nya.

Berkata Abu Hurairah RA bahawa:
"Sebakhil-bakhil manusia adalah siapa yang bakhil memberi salam, dan selemah-lemah manusia adalah siapa yang lemah (malas) untuk berdoa."
[Riwayat Abu Ya'la]


Thursday, August 30, 2012

Bergembira & Bersyukurlah

Tepislah rasa hasad & iri yang cuba menyinggahi hati bila mana melihat orang lain mendapat nikmat dari Allah. Bergembira & bersyukurlah atas kegembiraan & kesenangan orang lain. Dan, ketahuilah di sana sedang menanti keampunan & rezeki dari Allah selagimana kita terus berusaha & bertawakal kepada-Nya.


Thursday, July 19, 2012

Marhaban Ya Ramadhan

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Moga kita dipanjangkan umur agar dapat bertemu dengan Ramadhan & diberikan kekuatan untuk memeriahkan Ramadhan.


"Ya Allah, selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan kami untuk bulan Ramadhan, dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan"

Wednesday, June 20, 2012

Sama Baik, Sama Sopan.

Seronok melihat pasangan (suami & isteri) yang sama cantik, sama padan.
Lebih manis bila melihat, pasangan (suami & isteri) yang sama baik, sama sopan.


Monday, June 18, 2012

Doa Mengelakkan Diri Daripada Melakukan Kejahatan

"Ya Allah Pencipta langit & bumi, Yang mengetahui yang ghaib & yang nyata, Tuhan segala sesuatu & Rajanya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Engkau. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan diriku serta daripada kejahatan syaitan & ajakannya untuk berbuat syirik."
(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)


Hadis ini daripada Abu Hurairah r.a di mana dirakamkan bahawa Abu Bakar al-Siddiq r.a meminta kepada Rasulallah SAW :
"Wahai Rasulallah, ajarkan saya mengucapkan beberapa kalimah apabila saya memasuki pagi & petang."

Baginda bersabda yang bermaksud :
"Ucapkanlah (sebagaimana doa di atas)."

Saturday, May 19, 2012

Mulia Kita Kerana Islam

Mentor, Akademi Fantasi, Mania dan kini Kilauan Emas.

Mengapa di waktu 'kapal barat' telah tenggelam, tetapi masih ramai yang menempah tiket untuk tenggelam sama.

Maka benarlah kata Saidina Umar Al Khattab;
"Kita ini adalah orang-orang yang paling hina, lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Kalau saja kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka Allah akan menghinakan kita lagi..."


Kejamnya kita andai kita cuma berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa.
Dan selemah-lemah Iman adalah dengan mendoakan...

Ya ALLAH, selamatkan kami. Selamatkan kami dari fitnah dunia ini...

Friday, April 13, 2012

Istighfar Keampunan Dosa

"Ya ALLAH, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku. Dan aku hamba-Mu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)-Mu dan aku terikat dengan perjanjian dengan-Mu sekadar yang terdaya. Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui menerima nikmat yang Engkau kurniakan setiap masa kepadaku, walaupun aku berdosa kepada-Mu. Oleh itu ampunkan dosaku. sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa seseorang, melainkan Engkau"

(Hadith riwayat al-Bukhari)


Tuesday, March 20, 2012

Selamat Hari Lahir Anakku

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 5 anakku, Muhammad Umar Al Faruq bin Sidik Al Amini.
 Moga dipanjangkan umur & hidupmu sentiasa dalam keberkatan.


Anakku,
Bersahabatlah dengan orang-orang bijaksana & redhalah dengan apa yang mereka kata, nescaya kamu akan jadi bijaksana.
Bercakaplah dengan kata-kata yang baik dengan orang lain & duduklah dengan ahli-ahli zikir kerana ia menghidupkan hatimu dan menerbitkan dalam diri rasa khusyuk.
Manfaatkanlah apa yang Allah ajarkan kepadamu. Seorang alim tidak sama dengan seorang yang jahil. Dan sebaik-baik ilmu ialah yang memberi manfaat & sebaik-baik ilmu adalah yang diikuti. Allah memanfaatkan ilmu bagi yang mengikutinya...



Doa ibu sentiasa mengiring perjalananmu....

Tuesday, February 14, 2012

Itulah bahagia..

Kebahagian yang kita nampak pada insan lain, tidak semestinya sama dengan apa yang mereka rasa.
Hentikan mengejar apa yang orang lain ada, sebaliknya hargailah apa telah kita miliki....

Tuesday, February 7, 2012

Wanita yang indah lagi bersinar

Wanita,
Tidak seharusnya menjadi seperti bulan,
indah.....
namun sangat mudah ditatap manusia.

Wanita,
Jadilah seperti matahari,
bersinar....
namun silauannya membuatkan manusia tertunduk dari terus menatapnya.

Friday, January 6, 2012

Ajarilah jiwamu....


Ajarilah jiwamu untuk terbang tinggi,
nescaya ia tidak akan suka dengan kerendahan.
Kenalkanlah kepadanya kemuliaan,
nescaya ia akan membenci kehinaan.
Rasakanlah kepadanya kesenangan rohani yang besar,
nescaya ia akan meremehkan kesenangan jasmani yang kecil.

~Ar-Raqaiq~
(Muhammad Ahmad Ar Rashid)