Bicara Muadz sebelum melelapkan mata :-
Muadz : Ibu, Muhammad itu siapa? (setelah selesai membaca Selawat Shifa')
Ibu : Ooo...Muhammad itu Rasulallah SAW.
Muadz : Muhammad tu hebat ke ibu?
Ibu : hebat... Muhammad memang orang hebat.
Muadz : ibu... Muadz nak jadi hebat macam Muhammad la...
Ibu : Muadz...ibu sentiasa doa Muadz jadi orang hebat, nak jadi orang hebat perlu dengar cakap ALLAH, dengar cakap Muhammad, dengar cakap ibu & abah, wajib solat & baik dengan semua orang...
Muadz : Ooo...ok
Muadz anakku, ibu sentiasa berdoa kau menjadi insan yang hebat, pembela agama ALLAH.
Doa ibu sentiasa mengiring perjalananmu...
Tuesday, November 29, 2011
Saturday, November 12, 2011
Tuesday, October 25, 2011
Kundasang 22 & 23 Okt 2011 ~ Satu perjalanan : Bukti kekuasaan ALLAH SWT
Dia-lah yang menjadikan matahati bersinar & bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun & perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui. (Surah Yunus : 5)
Sesungguhnya pada pertukaran malam & siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di langit & di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang-orang yang bertakwa. (Surah Yunus: 6)
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit & bumi dan berlain-lainan bahasamu & warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui. (Surah Ar Ruum : 22)
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurniaan-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan. (Surah Ar Rumm : 23)
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan & harapan, dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya. (Surah Ar Ruum : 24)
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah berdirinya langit & bumi dengan iradat-Nya. Kemudian apabila Dia memanggil kamu sekali panggil dari bumi, seketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur).
(Surah Ar Ruum : 25)
Dan kepunyaan-Nya lah siapa sahaja yang ada di langit & di bumi. Semuanya hanya kepada-Nya tunduk.
(Surah Ar Ruum : 26)
Dan Dia-lah menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali, dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagi-Nya. Dan bagi-Nya lah sifat yang Maha Tinggi di langit & di bumi; dan Dia-lah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Ar Ruum : 27)
Tuesday, October 11, 2011
Andai RasulALLAH bersamaku...
Andai Rasulallah bersamaku..
"Sungguh aku malu padamu ya RasulAllah,aku menyatakan cinta...namun cintaku tidak setinggi cintamu pada umatmu.... "
Oleh itu ya RasulAllah, ku mohon syafaat darimu. Bantulah kami kerana hari ini kami seolah-olah telah hilang arah....
Tuesday, October 4, 2011
Tarbiah Anak
"Pentarbiahan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi jasmani, akli, rohani, perasaan & sosial sehingga menjadi ahli anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya." (Al-Sayyid Sabiq)
Takrif ini lebih komprehensif memandangkan kombinasi beberapa perkara penting antaranya:
Takrif ini lebih komprehensif memandangkan kombinasi beberapa perkara penting antaranya:
- Kepentingan hubungan sesama manusia.
- Kepentingan kedudukannya dalam masyarakat.
- Aspek-aspek luaran & dalaman.
Proses pentarbiahan sebenarnya adalah proses yang bermula semenjak kanak-kanak itu dilahirkan berlanjutan sampailah ke akhir hayatnya. Usaha menekankan tarbiah itu pada peringkat kanak-kanak dilakukan kerana pada peringkat umur itu mereka lebih bersedia dan senang menerima pengajaran. Semua itu menunjukkan betapa Islam menghormati anak itu dan cuba menjadikannya mulia.
Kisah Saidina Umar & hak seorang anak Islam
Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan anaknya lalu Saidina Umar r.a memanggil anaknya & mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka kepada ibu & bapa. Si anak tadi bertanya Saidina Umar :
"Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibu bapanya?"
Jawab Umar: "Ya!"
Anak itu bertanya : "Apakah dia hak-hak mereka?"
Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah:
"Hendaklah di bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya & mengajarnya Al-Quran"
Si anak terus menjawab selepas itu:
"Dia tidak membuat satupun dari tiga perkara itu. Yang pertama dia tidak memilih isteri yang baik sebagai ibuku, Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tidak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran."
Saidina Umar pun berkata:
"Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu....kamu telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu."
(dipetik dari buku Anakku Hebat Anakku Soleh - Zahazan Mohamed)
Sesungguhnya anak-anak adalah barang yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang selepas iman kepada Allah & Rasul-Nya. Itulah sebabnya seseorang yang mendidik anak-anaknya dengan baik sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya kepada Tuhan & dirinya. Anak-anak adalah faktor yang mendekatkan diri kepada Allah & Rahmat-Nya.
Institusi ummah bermula dari rumah...
Monday, September 26, 2011
Bahagia perlu dicari.
Bahagia???
Adakah kita bahagia? Semua manusia inginkan kebahagiaan, namun sering lupa apa maksud bahagia yang sebenar. Juga ramai yang tidak berusaha dan tidak tahu bagaimana cara untuk memilikinya...
Ketahuilah bahawa bahagia akan dicekapi dengan memilik hati & jiwa yang tenang.
"Bahawasanya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosaklah seluruh badannya. Ingatlah ia adalah hati (Riwayat Bukhari & Muslim)
Hati yang tenang pula boleh diperolehi dengan sentiasa menyucikan diri melalui bertaubat dan sentiasa mengingati Allah. Firman Allah "....Sungguh, Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyucikan diri. (Surah al-Baqarah : 222)
Wahai jiwa-jiwa yang tenang..kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya....maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam Syurga-Ku (Al-Fajr : 27-30)
Wednesday, August 10, 2011
Hijrah di bulan Syawal
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah, Umar bin al-Khatab r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulallah SAW bersabda:
"Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diinginkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dia akan sampai kepada Allah & Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapat apa yang diniatkannya."
(Riwayat al-Bukhari)
Moga hijrah Syawal untuk mencari rezeki bagi mendapat kebahagian dunia bagi menuju akhirat itu akan diberkati Allah.
Namun, hati pasti rindu pada rumah yang ditinggalkan, pada pekerjaan yang dikorbankan, juga pada jiran yang membahagiakan.
Nabi SAW bersabda:
"Antara sumber kebahagian & kesejahteraan seseorang Muslim, adalah mendapat rumah yang luas, jiran yang baik & kenderaan yang selesa"
(Riwayat Ahmad, At-Tabrani & Ibn Hibban)

Muadz di Taman Mini kami... |
Aak-anak riang memerhatikan sesuatu |
"Apa tu?" |
hehehehe.... |
Spider Lily di taman saya |
Muadz sedang menyusun semula hufur yag dicabutnya |
Umar dengan basikalnya |
Riang bersama |
Anak-anak di bilik mainan mereka |
Ruang istirehat kami |
Mini library |
Antara koleksi buku kami |
Ruang tamu |
Ruang tamu |
Tuesday, August 9, 2011
Selamat Ulangtahun yang ke-3 ~ Muhammad Muadz As Sabiq bin Sidik Al Amini
Selamat Hari Lahir anakku...
Moga kamu kan menjadi putera Islam sejati....
Daripada Mu'az bin Jabal r.a berkata bahawa beliau bertanya kepada Rasulallah SAW maksudnya:
"Wahai Rasulallah, beritahukan kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam Syurga & menjauhkanku daripada neraka."
Nabi SAW menjawab:
"Engkau bertanya tentang perkara yang besar. Namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT. Sembahlah Allah & jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan & kerjakanlah ibadah haji di Baitullah."
Kemudian Baginda bersabda:
"Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu adalah sebahagian daripada perisai, sedekah adalah amal yang akan menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solatnya seseorang di tengah malam."
Kemudian Baginda SAW membaca ayat pada Surah as-Sajdah, ayat 16-17:
"Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur (sedikit sangat tidur kerana mengerjakan solat Tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seorangpun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan"
Kemudian Baginda bersabda:
"Mahukah engkau kuberitahu tentang pokok amal, tiang & puncaknya"
Saya menjawab:
"Mahu wahai Rasulallah SAW"
Rasulallah SAW bersabda:
"Pokok amal adalah Islam, tiangnya adalah solat & puncaknya adalah jihad"
Kemudian Baginda bersabda:
"Mahukah engkau kuberitahu tentang kunci daripada semua perkara itu?"
Saya menjawab:
"Mahu, wahai Rasulallh"
Baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda:
"Jagalah ini"
Saya berkata:
"Wahai Nabi Allah, adakah kita dihisab atas apa yang kita katakan?"
Baginda bersabda:
"Semoga ibumu kehilanganmu! (ungkapan hairan). Bukankah tidak ada yang menjerumuskan orang ke dalam neraka melainkan hasil daripada ucapannya (yang berbentuk maksiat)?"
~Riwayat Ahamd & al-Tirmizi~
Muadz anakku,
Ingatlah bahawa Allah SWT telah menetapkan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu meninggalkannya, Dan telah menentukan beberapa hudud (batas), maka jangan pula kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka jangan kamu melanggarinya. Dia juga telah diam daripada beberapa perkara sebab rahmat bagimu, bukannya kerana lupa, maka janganlah pula kamu mempersoalkannya....
Muadz sayangku...
Moga dirimu mempunyai hati yang sentiasa dekat dengan Sang Pencipta. Ketahuilah bahawa jika kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan membela kamu untuk mencapai kemenangan & meneguhkan pendirian kamu. Doa ibu sentiasa mengiringi perjalananmu....

Wednesday, July 20, 2011
Aku bukan sesiapa....
Kerana aku bukanlah 'sesiapa'
namun aku punya rasa...
Nabi pernah menyebut:
"Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat"
Allah juga ada berfirman:
"Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan & taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa & aniaya" (Surah al-Maidah:ayat 2)
Jangan pernah lupa tugas kita sebagai "Fulltime Muslim"

Thursday, July 14, 2011
Ramadhan yang menghampiri
~ Rejab terus berlalu, kini bertemu Syaaban, moga terus bersama Ramadhan yang dinanti~
Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan.
Bila Rindu...
Sayang...
Bila kerinduaan itu hadir,
kusandarkan rindu itu padaNya
Bila sayang itu terbit,
kusyukuri nikmat itu & kupertahankannya,
kerana itu amanah bagiku....
Bila cinta mula berbunga,
kuharap cintaNya yang lebih utama....
kerana dari cintaNya, cinta kita bertemu & bersatu....

Friday, June 24, 2011
Ashikim.net
Ashikim.blogspot.com kini boleh dicapai melalui ashikim.net. kepada empunya blog diharap dapat mengemaskini blog dengan lebih kerap lagi :)
Wednesday, May 25, 2011
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
Alhamdulillah, dengan izin-Nya dapat saya menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Badan Khairat Kematian Pelabuhan Kuantan, Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. pada 24 Mei 2011 bertempat di Masjid Pelabuhan Kuantan.
Satu program yang sangat bagus & perlu diteruskan di masa akan datang. Moga dikurniakan kekuatan untuk menjalankan....
Daripada Aisyah r.h.a. telah bersabda Rasulallah SAW :
"Sesiapa yang memandikan mayat kemudian dipeliharanya dan tidak diceritakan apa yang ada pada orang mati itu maka bersihlah ia daripada dosa sebagaimana ia baru dilahirkan"
Sesungguhnya hakikat kehidupan ini sangat pendek. Moga kita semua kan kembali kepada Pencipta kita Yang Agung dalam keadaan yang berseri-seri berkat amal kebaikan yang kita lalukan. Ingatlah, apa yang kita tanam itulah yang akan dipetik. Moga setiap langkah kita dalam lindungan & redha Ilahi...
Subscribe to:
Posts (Atom)