Monday, June 18, 2012

Doa Mengelakkan Diri Daripada Melakukan Kejahatan

"Ya Allah Pencipta langit & bumi, Yang mengetahui yang ghaib & yang nyata, Tuhan segala sesuatu & Rajanya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Engkau. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan diriku serta daripada kejahatan syaitan & ajakannya untuk berbuat syirik."
(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)


Hadis ini daripada Abu Hurairah r.a di mana dirakamkan bahawa Abu Bakar al-Siddiq r.a meminta kepada Rasulallah SAW :
"Wahai Rasulallah, ajarkan saya mengucapkan beberapa kalimah apabila saya memasuki pagi & petang."

Baginda bersabda yang bermaksud :
"Ucapkanlah (sebagaimana doa di atas)."

No comments:

Post a Comment